Welcome
My Blog List
-
Tiga Pengumuman Tergempar Dato Seri @NajibRazak Buat Rakyat Malaysia - Tiga Pengumuman PM Buat Malam Ini 1) Rakyat Malaysia berusia 26 tahun ke bawah tidak dikenakan cukai pendapatan. Malah cukai yang telah dibayar tahun lep...7 years ago
-
Muaythai Klang's Class Desciptions - 1. All Levels Muay Thai: These classes are open to all members – beginner to advanced, our trainers will make sure to adjust combinations for all levels...9 years ago
-
keadaan minda~~kekosongan~~ - 4 bulan dah berlalu..baru skrg terasa nak update blog..tetibe rasa perlukn tmpt utk meluahkan apa yg tersirat di hati..meuahkan yg t'buku agar dada dilapan...13 years ago
-
Sejarah Realiti menjadi REALITI..Dapatkan Di Pasaran - Usaha kami tidak pernah luntur, dapatkan majallah ini di pasaran atau kedai buku berdekatan anda.15 years ago
-
Road to the Challenger - Faizal Malaysian Tigers vs Stephan Miekle Road to The Challenger I (Muay Thai) 21st March 2010 at Sunway Pyramid Main Concourse (Inside s...16 years ago
-
-
Conquer The World With 'Aman'
WEB
About Me
- Ramen Kitaro
- 1. Aku minat pd keunikan manusia... 2. Suke terokai fenomena sosial dan mencari persoalan apa, mengapa, bgaimana dan penyelesaiannya..... 3. Aku menganggap manusia sbgai pelakon, dunia sbgai pentas dan Tuhan sbgai Director... dan pada satu ketika pikir betapa cantiknya Fenomena Sosial ciptaannya..... 4. Aku menganggap keindahan sastera dan seni adalh sama...sebagai indahnya makhluk yg bernama manusia.
Followers
Setiap manusia mempunyai jiwa dan emosi yang mempengaruhi gerak hati dan tingkahlaku. Akal adalah raja kerana akal lah yang menentukan sesuatu keputusan yang merangkumi pemikiran dan tingkahlaku manusia. Akal mempengaruhi setiap keputusan yang di buat sama ada baik atau buruk, sesuatu keputusan yang dilakukan kita tetap perlu menghadapinya dengan rasional.
Akal akan mencerminkan watak dan perwatakan kita, sama ada ianya baik atau buruk ia bermula dari akal kita. Begitu berharga akal yang di kurniakan oleh Nya yang membezakan diri kita sebagai manusia dengan haiwan. Walaubagaimana pun tidak ramai di kalangan kita mampu mengunakan akal dengan sebaiknya.
Dunia pada masa kini telah menjadi satu pentas yang sering kali mengaburi mata hati dan akal kita sehinggakan kita di buai dengan keasyikan dan ketaksudan dengan kemewahan dan kemodenan yang berpunca dari pemikiran manusia itu sendiri.
Setiap negara berlumba-lumba untuk memastikan kestabilan politik, ekonomi, dan sosial mereka agar tidak ketinggalan dalam revolusi dunia yang kian maju. Begitu juga dengan manusia yang sering berlumba-lumba untuk memastikan yang terbaik kepada diri dan sistem sosial mereka. Sehinggakan manusia sering kali lupa diri dan hilang pertimbangan dan gagal membezakan baik dan buruk pada setiap tingkahlaku dan pemikiran mereka yang tidak terbatas.
Amatlah berat untuk menahan segala dugaan dunia terutamanya dengan kemewahan dan kemajuan dari kepelbagaian bidang yang menjadi kebangaan peradaban manusia.
Terserahlah pada diri kita untuk menentukan sesuatu amalan kerana setiap perbuatan kita itu akan dinilai dan dihitung olehNya. Kejayaan dan kemewahan di dunia hanyalah sementara, adalah baikknya Akhirat itu lebih kita utamakan kerana ia lebih hakiki.
Wan Selamat
Cerita nya macam nie..Masa mula-mula Nabi Adam dan Hawa di Bumi. Syaitan yang tak pernah mengenal putus asa untuk menghancur kan anak cucu Adam, dok pikir2 cana nak kacau anak Adam dari patuh dengan suruhan Allah....dan tiba2 dia nampak anak dia yang bernama Khanaz. Lalu dipanggilnya "Khanaz.... mari sini ikut mak....". Lalu di pun pergi menuju ke rumah Adam dan Hawa.Yang pada ketika itu Nabi Adam baru saja meninggal kan rumah untuk pergi kerja mencari nafkah. Dan tinggal lah Hawa keseorangan di rumah, tiba2, pintu rumah di ketuk, lalu dibuka oleh Hawa dan bertanya "Siapa kamu.."Ibu Syaitan menjawab "Tolong jaga kan anak saya...nanti saya akan datang untuk ambil dia balik" Hawa yang tidak mengetahui apa memberi pertolongan.Apabila Adam pulang, Adam terperanjat dan bertanyakan Hawa "Anak siapa nie..?", Lalu Hawa menjawab "Tak tahu lah..tadi ada seorang wanita menyuruh kita menjaga anak ini." Adam berpikir dan " Ini mesti anak Syaitan, yang mahu menganggu anak cucu kita...""Apa harus kita lakukan sekarang..?" tanya Hawa pada Adam. Setelah lama pikir-pikir. .. "Kita potong-potong daging nya sehingga kecil dan gantung kan isi2 daging nya di pokok luar rumah kita...Nanti bila Ibu nya datang biar dia nampak dan tahu anak nya sudah tak de..."Idea Adam.Keesokkan pagi harinya Ibu syaitan itu pun datang lagi ketika Adam sudah keluar pergi kerja, "Mana anak aku..."Tanya Ibu syaitan pada Hawa, Hawa pun menjawab dan secara tidak sengaja menerang kan apa yang telah meraka lakukan terhadap anak syaitan "Anak kamu.....,,. ..Semalam Adam pulang ke rumah , lalu ia mengatahui yang anak itu anak syaitan ...lalu sudah kami kerat2 anak kamu dan kami gantung kan daging nya di atas pokok luar sana..."terang Hawa. "Oh...iye ker?..."jawab Ibu Syaitan dengan nada yang tidak risau.Kemudian Ibu Syaitan meneriak memanggil anak nya"Khanazzzzz. ...!!!"Tiba2 daging2 khanaz yang telah dikerat bergantungan di atas pokok itu pun bercantum kembali dan menjadi hidup dan menjadi Khanaz kembali....dan IbuSyaitan masih tidak berputus asa dan masih meminta Hawa menjagakan Khanaz dan ia berpesan akan kembali lagi esok hari nya, Apabila Adam pulangdan terlihat lah ia akan anak Syaitan yang bernama Khanaz itu lagi dan bertanya kan pada Hawa kenapa anak Syaitan itu masih berada di rumah meraka.Hawa menerang apa yang berlaku."Kita tak boleh biar kan usaha Syaitan untuk menganggu hidup anak cucu kita.." kata Adam."Apa harus kita laku kan lagi.."tanya Hawa. "Begini..kita bakar anak Syaitan ini dan ..abu nya kita buangkan ke Laut, biar abu nya di bawa arus laut dan Ibu nya tidak akan dapat mendapatkan anak nya ini lagi..." terang Adam.Keesokan pagi nya datang lah lagi Ibu Syaitan ini bertanya kan Khanaz ketika Adam sudah keluar bekerja. "Mana anak aku?" tanya Ibu Syaitan."Anak kamu sudah kamu bakar dan abunya kami buang ke Laut!" jawab Hawa."Oh Iye ker? Kata Ibu Sayitan lalu meneriak mamanggil "Khanaz!!!". ..kemudian bercantum lah kembali daging Khanaz dari abu, dan menjadi Khanaz kembali.kemudian di serahkan kan kembali pada Hawa untuk menjaga Khanaz.Apabila Adam pulang, mendapati anak Syaitan itu masih berada di rumah nya "Ini tak boleh jadi, kita tak boleh biar kan mereka ganggu anak cucu kita"kata Adam."Apa harus kita laku kan ?" tanya Hawa."Begini saja lah...kita belah dua anak dia nie ..kamu telan sebelah, aku telan sebelah. Habis cerita!" Cadang Adam.Keesokan pagi, datanglah lagi c Ibu Syaitan bertanyakan anak nya ketika Adam sudah keluar bekerja."Mana anak aku" tanya Ibu Syaitan."Anak kamu ...., kali ini kamu tak dapat balik anak kamu.."jawab Hawa."Kenapa..?"tanya Ibu Syaitan."Anak kamu telah kami telan....!" Jawab Hawa dengan penuh yakin."Iye ke...? Lalu Ibu Syaitan memanggil anak nya ½Khanaz !!!Iye Mak....jawab Khanaz dari dalam badan Hawa.Bagus anak ku..kamu duduk sana , jangan keluar2. Arah Ibu Syaitan pada Khanaz.Itu lah cerita dia kawan2...duduk lah Khanaz dalam tubuh badan manusia sehingga hari ini dan hinggá hari kiamat. Syaitan Khanaz nie tugas dia.- Bila kita makan ia pun makan, kita minum ia pun minum.Apa jer aktiviti kita buat dia kan menyertai JIKA KITA TAK BACA BISMILLAH.- Bila kita solat dia akan berusaha supaya kita was-was, tulah mana yang tengah solat tu tiba2 tak ingat berapa rakaat dah kita solat.- Buat kerja kita keliru dan ingat2 lupa "Eh dah buat ke Belum yer..."ubatnya banyak kan dengan BERISTAGAFAR. ..- Khanaz akan belari / bermain dalam darah kita...Ubatnya. ..banyakkan Zikir...Sahabat Rasulullah pernah bertanya bagaimana hendak mengelak dari Khanaz ini. Pesan Rasulullah, setiap apa yang hendak kita laku kan mula kan lah dengan baca BISMILLAH dan Doa. Sekurang2nya BISMILLAH.Khanaz akan berasa kelaparan bila kita berpuasa dan akan menjadi bertambah kurus bila kita makan mulakan dengan baca Bismillah.Tengok bagaiman Syaitan yang tak pernah putus asa untuk memperdaya anak cucu Adam..Surah An Nas jua mencerita kan hal Syaitan bernama Khanaz yang sentiasa buat kita was-was.Walllahualam. ...Apa-apa pun mulakan setiap kerja aktiviti dengan nama Allah BISMILLAH.
Mengapa "pada satu ketika"?
Kehidupan yg kita lalui mgkin bbeza krn pada stiap kisah wujudnya pelbagai crita... Dalam crita tersebut adanya crita suka dan duka. Dalam crita suka dan duka tsebut berkisar mengenai prasangka, prasangka itu adalh diri kita....yang mrangkumi sifat2 kita sendiri.. sama ada sayang, cinta, benci, amarah, kejam, zalim dan nilai2 yg kita pgang dalam khidupan seharian kita yang lain.
Dari hari kehari kita melakonkan setiap babak yang diaturkanNya.... Keindahan pada stiap babak tsebut adalh bagaimana kita menjayakan lakonan tersebut.
Kejayaan pada sesuatu crita itu terserah kpd lakonan pelakonnya.... Cantik lakonannya cantiklah critanya atau sbliknya........
Bermulanya sesuatu crita itu........ ialah "pada Satu ketika" !!!!!