PaDa sAtU KeTiKa...

Sesuatu Cerita Itu Ada Permulaannya........

Setiap manusia mempunyai jiwa dan emosi yang mempengaruhi gerak hati dan tingkahlaku. Akal adalah raja kerana akal lah yang menentukan sesuatu keputusan yang merangkumi pemikiran dan tingkahlaku manusia. Akal mempengaruhi setiap keputusan yang di buat sama ada baik atau buruk, sesuatu keputusan yang dilakukan kita tetap perlu menghadapinya dengan rasional.

Akal akan mencerminkan watak dan perwatakan kita, sama ada ianya baik atau buruk ia bermula dari akal kita. Begitu berharga akal yang di kurniakan oleh Nya yang membezakan diri kita sebagai manusia dengan haiwan. Walaubagaimana pun tidak ramai di kalangan kita mampu mengunakan akal dengan sebaiknya.

Dunia pada masa kini telah menjadi satu pentas yang sering kali mengaburi mata hati dan akal kita sehinggakan kita di buai dengan keasyikan dan ketaksudan dengan kemewahan dan kemodenan yang berpunca dari pemikiran manusia itu sendiri.

Setiap negara berlumba-lumba untuk memastikan kestabilan politik, ekonomi, dan sosial mereka agar tidak ketinggalan dalam revolusi dunia yang kian maju. Begitu juga dengan manusia yang sering berlumba-lumba untuk memastikan yang terbaik kepada diri dan sistem sosial mereka. Sehinggakan manusia sering kali lupa diri dan hilang pertimbangan dan gagal membezakan baik dan buruk pada setiap tingkahlaku dan pemikiran mereka yang tidak terbatas.

Amatlah berat untuk menahan segala dugaan dunia terutamanya dengan kemewahan dan kemajuan dari kepelbagaian bidang yang menjadi kebangaan peradaban manusia.

Terserahlah pada diri kita untuk menentukan sesuatu amalan kerana setiap perbuatan kita itu akan dinilai dan dihitung olehNya. Kejayaan dan kemewahan di dunia hanyalah sementara, adalah baikknya Akhirat itu lebih kita utamakan kerana ia lebih hakiki.

Wan Selamat